Thursday 8 September 2016

Tips Mengawal Mimpi


Mimpi adalah tempat dimana kita melakukan apa sahaja dengan bebas. Alangkah indahnya dunia jikalau dunia seperti mimpi. Mimpi boleh terbentuk disebabkan 2 perkara. Pertama, mimpi dicipta oleh minda kita sendiri untuk menggambarkan perasaan seseorang masa itu. Kedua, mimpi itu adalah suatu mesej dari sesuatu yang ghaib. Disini saya sertakan cara untuk mengawal mimpi agar jalan ceritanya seperti yang kita mahukan. Saya bagitahu awal-awal bahawa saya bukanlah seorang psikologi tetapi hanyalah seorang blogger. Niat saya ingin mengkongsikan sedikit ilmu berdasarkan pengalaman saya. Jika ada salah silap silakan menegur saya. Saya menerimanya dengan tangan terbuka. Teknik ini juga dikenali sebagai lucid dream dimana anda mampu mengawal mimpi dan merasakan seolah-olah anda berada disana.

#1 sedar bahawa anda sedang bermimpi

Perkara ini amat penting untuk mengawal mimpi. Bagaimana hendak mengawal jika anda sendiri tidak sedar anda bermimpi bukan? cara untuk sedar anda bermimpi adalah tidur separa sedar atau tidur ayam. Yang tidur mati agak susah untuk buat benda ni.


#2 Tidur yang berlebihan

jika kita tidur dalam keadaan penat, kita mungkin tidak akan mampu mengawal mimpi kerana mengawal mimpi memakan tenaga kita untuk focus. Saya mengesyorkan tidur berlebihan kerana tidur ini membuatkan kita tidak mengantuk dan tidak penat. Sesuai untuk kita tidur ayam lalu sedar bahawa anda bermimpi.


#3 Fokus semasa bermimpi

untuk focus semasa bermimpi, anda perlu mempunyai daya fokus sama seperti dunia reality. Fokus boleh diasah dan dilatih. Malah, dengan fokus yang tinggi membolehkan anda cepat belajar sesuatu dengan mudah. Cara menggunakan fokus dalam mimpi adalah dengan membayangkan apa yang akan terjadi di alam mimpi dan bawakan ia keluar dari imaginasi anda. Ingat, mimpi adalah hasil imaginasi dan memori anda. Kalau cara saya, saya akan pejamkan mata dan membayangkan apa yang mahu saya lakukan dan apabila membuka mata perkara yang saya bayangkan akan terjadi. Contohnya, saya sedang terbang di awangan. Tetapi saya terbang dengan lambat dan saya nak cepat. Saya pandang ke hadapan dan pejamkan mata lalu membayangkan saya sudah berada di tempat yang saya ingini. Dalam otak saya, saya fokus untuk teleport ke tempat itu. Sesudah saya fokus, saya akan membuka mata sambil membayangkan lagi yang saya sudah berdiri disitu. Apabila saya pasti sudah sampai, saya akan membuka mata dengan penuh keyakinan dan jalankan cerita macam biasa.

#4 Fokus untuk bangun dari mimpi

Ada beberapa sebab untuk anda bangun dari mimpi. Antaranya bermimpi perkara buruk ataupun sebab yang lain. Teknik ini lebih susah dari menukar jalan cerita. Perkara yang anda perlu lakukan adalah fokus untuk bangun mimpi sambil fokus untuk menggerakkan apa sahaja anggota yang ada. Anda perlu menggerakkan anggota anda untuk memastikan yang anda akan bangun pada tempat yang betul, dibadan yang betul. Ini kerana dikhuatiri anda akan masuk mimpi yang lain. Maksudnya, mimpi dalam mimpi. Dan sudah pasti semakin sukar untuk anda bangun dari mimpi. Tanda-tanda anda hampir keluar dari mimpi ialah mimpi anda semakin kabur dan bunyi semakin hilang.

 
Itu sahaja info yang mampu saya bagi buat masa ini. Sekiranya ada penambahan akan saya tambahkan. Sekiranya ada salah silap tolong tegur saya. Terima kasih