Thursday 8 September 2016

Tips Mengawal Mimpi


Mimpi adalah tempat dimana kita melakukan apa sahaja dengan bebas. Alangkah indahnya dunia jikalau dunia seperti mimpi. Mimpi boleh terbentuk disebabkan 2 perkara. Pertama, mimpi dicipta oleh minda kita sendiri untuk menggambarkan perasaan seseorang masa itu. Kedua, mimpi itu adalah suatu mesej dari sesuatu yang ghaib. Disini saya sertakan cara untuk mengawal mimpi agar jalan ceritanya seperti yang kita mahukan. Saya bagitahu awal-awal bahawa saya bukanlah seorang psikologi tetapi hanyalah seorang blogger. Niat saya ingin mengkongsikan sedikit ilmu berdasarkan pengalaman saya. Jika ada salah silap silakan menegur saya. Saya menerimanya dengan tangan terbuka. Teknik ini juga dikenali sebagai lucid dream dimana anda mampu mengawal mimpi dan merasakan seolah-olah anda berada disana.

#1 sedar bahawa anda sedang bermimpi

Perkara ini amat penting untuk mengawal mimpi. Bagaimana hendak mengawal jika anda sendiri tidak sedar anda bermimpi bukan? cara untuk sedar anda bermimpi adalah tidur separa sedar atau tidur ayam. Yang tidur mati agak susah untuk buat benda ni.


#2 Tidur yang berlebihan

jika kita tidur dalam keadaan penat, kita mungkin tidak akan mampu mengawal mimpi kerana mengawal mimpi memakan tenaga kita untuk focus. Saya mengesyorkan tidur berlebihan kerana tidur ini membuatkan kita tidak mengantuk dan tidak penat. Sesuai untuk kita tidur ayam lalu sedar bahawa anda bermimpi.


#3 Fokus semasa bermimpi

untuk focus semasa bermimpi, anda perlu mempunyai daya fokus sama seperti dunia reality. Fokus boleh diasah dan dilatih. Malah, dengan fokus yang tinggi membolehkan anda cepat belajar sesuatu dengan mudah. Cara menggunakan fokus dalam mimpi adalah dengan membayangkan apa yang akan terjadi di alam mimpi dan bawakan ia keluar dari imaginasi anda. Ingat, mimpi adalah hasil imaginasi dan memori anda. Kalau cara saya, saya akan pejamkan mata dan membayangkan apa yang mahu saya lakukan dan apabila membuka mata perkara yang saya bayangkan akan terjadi. Contohnya, saya sedang terbang di awangan. Tetapi saya terbang dengan lambat dan saya nak cepat. Saya pandang ke hadapan dan pejamkan mata lalu membayangkan saya sudah berada di tempat yang saya ingini. Dalam otak saya, saya fokus untuk teleport ke tempat itu. Sesudah saya fokus, saya akan membuka mata sambil membayangkan lagi yang saya sudah berdiri disitu. Apabila saya pasti sudah sampai, saya akan membuka mata dengan penuh keyakinan dan jalankan cerita macam biasa.

#4 Fokus untuk bangun dari mimpi

Ada beberapa sebab untuk anda bangun dari mimpi. Antaranya bermimpi perkara buruk ataupun sebab yang lain. Teknik ini lebih susah dari menukar jalan cerita. Perkara yang anda perlu lakukan adalah fokus untuk bangun mimpi sambil fokus untuk menggerakkan apa sahaja anggota yang ada. Anda perlu menggerakkan anggota anda untuk memastikan yang anda akan bangun pada tempat yang betul, dibadan yang betul. Ini kerana dikhuatiri anda akan masuk mimpi yang lain. Maksudnya, mimpi dalam mimpi. Dan sudah pasti semakin sukar untuk anda bangun dari mimpi. Tanda-tanda anda hampir keluar dari mimpi ialah mimpi anda semakin kabur dan bunyi semakin hilang.

 
Itu sahaja info yang mampu saya bagi buat masa ini. Sekiranya ada penambahan akan saya tambahkan. Sekiranya ada salah silap tolong tegur saya. Terima kasih

Friday 2 September 2016

10 sebab mempengaruhi mimpi

Saban kali kita terfikir mengapa kita boleh bermimpi sedemikian. kadang-kadang kita asyik bertanyakan diri sendiri tentang mimpi yang baru menjengah kita masa tidur. Disini ada beberapa sebab atau cara sebuah mimpi terbentuk.

#1 sikap seseorang yang sebenarnya

Ini adalah sebab yang sangat ketara ketika mimpi terbentuk. Sebagai contoh, jika seseorang itu adalah orang yang happy go lucky, sudah pasti perkara yang dimimpikan adalah perkara yang happy, malah kadang-kadang agak karut seperti ada kuasa dan sebagainya. tapi macam mana yang kita Nampak dia orang yang selalu happy go lucky?. Tapi selalu bermimpi perkara yang menyedihkan atau menyeramkan? ini menunjukkan perangai dalaman sebenar dia yang dia tak tunjukkan.


#2 dikutip dari pemikiran kita sendiri

Jika saya menyebut perkataan hantu, apa yang anda gambarkan? sudah pasti makhluk yang serba putih terbang melayang. Kalau anda bermimpi tentang hantu, hantu jenis apa yang akan keluar? sudah pasti hantu yang serba putih ataupun yang mempunyai kebolehan menembus objek fizik. Jelas disini membuktikan pembinaan cerita dalam mimpi dikutip dari pemikiran kita sendiri. Bagaimana pula jika kita bermimpi tentang seseorang yang tidak kita kenal? Mengikut kajian, otak mampu menghafal dengan sekali imbasan dan menyimpannya disuatu tempat yang kita tidak dapat akses tanpa latihan yang mencukupi. Disitulah tersimpannya segala memori jangka masa panjang seperti semasa berumur 4 tahun dan lain-lain lagi. Disini jugalah tersimpannya memori yang tercipta dari mimpi yang tidak kita tahu kewujudannya.


#3 dipengaruhi sekeliling

tahukah anda, apabila anda tidur segala organ badan anda akan berehat. kecuali jantung dan otak. disebabkan itulah kita tidak boleh tidur sebaik sahaja lepas makan kerana perut akan berhenti berfungsi. Sebagai bukti bahawa otak masih berfungsi semasa anda tidur adalah apabila loceng berbunyi tiba-tiba di sebelah telinga kita, anda akan terus terjaga dan terkejut. Jika diperhatikan secara teliti, badan anda akan sedikit terangkat akibat terkejut. Baiklah berbalik pada topic asal, mimpi mampu dipengaruhi sekeliling jika kawasan anda berbunyi agak kuat tetapi anda tidak pula bangun daripada tidur. contohnya jika mak anda memanggil nama anda secara berulang maka mimpi anda akan kedengaran suara mak anda lalu jalan cerita akan berubah secara tak langsung.



#4 tidur yang berlebihan

 Ini juga antara penyebab terbentuk jalan cerita mimpi. Tetapi berbeza seperti diatas, mimpi ini boleh dikawal jalan ceritanya. Menarik bukan? tetapi perlukan sedikit latihan kerana ianya melibatkan fokus kawalan minda yang agak tinggi kerana hendak menjadikan imaginasi kepada alam mimpi bukanlah suatu perkara yang mudah. Tetapi ada risikonya mengawal mimpi, sekiranya anda terlalu kerap mengawal mimpi setiap hari anda akan letih selepas bangun tidur disebabkan fokus yang memanjang. Sama macam anda letih dalam kelas disebabkan fokus belajar.


#5 emosi semasa tidur

jika diatas merujuk kepada perangai dia setiap hari, lain pula yang ini. Emosi semasa tidur yang dimaksudkan disini ialah emosi kita semasa lelapkan mata. Jika masa anda tidur anda sedang kesedihan, maka mimpi tentang perkara kesedihan akan muncul. Tetapi sekiranya tidur dalam keadaan stress atau marah, amat jarang berlaku akan bermimpi tentang kemarahan. Sebaliknya bermimpikan perkara yang menenangkan kerana sememangnya tidur mendatangkan ketenangan kepada orang yang sedang marah.


#6 berangan sebelum tidur

ini hamper sama seperti mengawal mimpi, tetapi teknik ini tidak selalu berhasil. Adakalanya mengelamun anda akan terus bersambung kepada mimpi, dan adakalanya tidak. Ini disebabkan oleh fokus kita semasa tidur. Selalunya yang menghayati mengelamun dia tu yang akan menjadi.


#7 pengalaman silam

Ini bunyinya seperti fakta dari serpihan memori diatas tadi, tetapi kali ini ia lebih kepada fobia. Misalnya seperti kita dilanggar kereta dengan amat teruk, sudah pasti meninggalkan fobia atau trauma yang amat mendalam. Dan disebabkan ini kadang-kadang ia akan mengimbas kembali kenangan itu satu persatu.


#8 mimpi bersambung

kali ini ia bukan disebabkan diri sendiri, tetapi suatu mesej. Biasanya ia melibatkan alam ghaib. Ini kerana tidak mungkin manusia biasa boleh mimpi berterusan perkara yang sama tanpa sengaja. Tetapi ia tidak pula mustahil untuk membuat mimpi berterusan, iaitu dengan cara mengawal mimpi. Tetapi dalam masa yang pendek sahaja.

#9 keadaan pada tubuh semasa tidur

Ini merujuk kepada aktiviti badan kita semasa tidur. Sebagai contoh, jika anda menahan kencing semasa tidur, anda akan bermimpi hendak membuang air kecil. Contoh yang lain pula adalah semasa anda jatuh dari katil, dalam mimpi anda mungkin juga sedang jatuh dari tempat yang tinggi. Ini lebih kepada kawalan minda separa sedar otak semasa tidur.


#10 obses terhadap sesuatu

Ataupun terlalu inginkan sesuatu menjadi penyebab terjadinya jalan cerita mimpi itu. Sekiranya pada masa itu anda terlalu ingin makan coklat, maka anda akan mendapatnya di dalam mimpi. Otak akan mengeluarkan ingatannya tentang rasa makanan lalu kita seolah-olah dapat merasakannya di dalam mimpi.